Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR: Kanun Keseksaan akan lebih buruk dari OSA
Diterbitkan:  Oct 21, 2013 3:05 PM
Dikemaskini: 8:30 AM

Rang undang-undang yang akan dibentangkan di Parlimen minggu ini didakwa akan menjadikan Malaysia negara kuku besi kerana mengancam memenjarakan pegawai kerajaan yang mendedahkan sebarang maklumat kepada awam.

Rang undang-undang itu akan memasukkan seksyen baru 203A yang menurut Naib Presiden PKR N Surendran (bawah) akan menjadikan Kanun Keseksaan lebih buruk daripada Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

NONESambil menggesa kerajaan menggugurkan cadangan pindaan itu, Surendran berkata, peruntukan itu tidak pernah dilakukan di mana-mana dunia demokrasi moden dan lebih sesuai untuk negara satu parti seperti Korea Utara.

"Dengan peruntukkan ini, BN mengheret Malaysia lebih jauh ke zaman gelap. Kenapa kerajaan BN perlu undang-undang yang melemaskan dan tidak demokratik?

"Apa yang mereka mahu sembunyi daripada pengetahuan umum?" kata Surendran.

Bawah OSA, hanya bahan yang disahkan oleh menteri atau pihak yang dilantiknya boleh diklasifikasikan sebagai rahsia besar.

Bagaimanapun, bawah seksyen baru 203A Kanun Keseksaan yang dicadangkan itu, semua perkara dianggap rahsia, kata anggota Parlimen Padang Serai itu dalam kenyataannya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS