Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mat Zain: Tak perlu laporan untuk aduan disiasat

Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim tidak perlu laporan polis untuk siasatan dilakukan ke atas dakwaan beliau terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

NONE "Seksyen 107 dan 107A Kanun Prosedur Jenayah berkaitan maklumat kepada polis dan kuasa mereka untuk menyiasat adalah sangat jelas," kata Mat Zain dalam mesej ringkas kepada Malaysiakini .

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam mengatakan dakwaan dalam akuan bersumpah Mat Zain beberapa hari lalu tidak disiasat kerana tiada laporan polis diterima atas dakwaan yang diberikan.

Mat Zain dalam kenyataannya beberapa hari lalu mendakwa, beliau menyerahkan salinan akuan bersumpah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Akuan berkenaan mengandungi dakwaan salah laku Gani mengenai kes Pulau Batu Puteh .

Ahmad Zahid berkata pihak berkuasa akan mempertimbangkan untuk menyiasat jika laporan polis dibuat ke atas isu itu.

Beliau juga menyarankan perdana menteri menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasatnya kerana badan itu mempunyai skop siasatan yang lebih luas dan menyeluruh.

ADS