Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ahli MT Umno seorang daripada kami, dakwa PAS
Diterbitkan:  Nov 30, 2013 7:37 PM
Dikemaskini: 2:48 PM

Ketua Pemuda PAS Perak, Raja Ahmad Iskandar mendakwa Umno tanpa menyedarinya telah melantik seorang ahli PAS sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) yang baru.

Dalam satu kenyataan hari ini, Raja Ahmad berkata Mohammad Kazim Elias - yang pelantikannya sebagai ahli MT diumumkan oleh Umno semalam - merupakan ahli PAS sejak 1998.

"Dewan Pemuda PAS Perak ingin membuat pengesahan bahawa Mohammad Kazim adalah ahli PAS semenjak 17 Julai 1998 dengan nombor keahliannya 0475276 di bawah cawangan Kampung Manjoi PAS di Tambun," katanya.

ustaz mohammad kazim elias Raja Ahmad mempersoalkan adakah Mohammad Kazim (kiri) telah

menjadi ahli Umno sedangkan beliau masih ahli PAS yang sah.

"Tidakkah untuk membuat sebarang pelantikan politik memerlukan seseorang itu menyertai parti tersebut terlebih dahulu?" soal Raja Ahmad.

                

Beliau juga mempersoalkan sama ada Mohammad Kazim mendapat tekanan untuk menerima perlantikan itu yang akhirnya akan menjejaskan statusnya sebagai penceramah agama bebas.

"Ini sebenarnya amat memalukan Datuk Seri Najib (Tun Razak) dan orang yang mencadangkannya jika Kazim menolak pelantikannya.

"Marilah kita sama-sama menunggu majlis mengangkat sumpah pelantikan jawatan dalam Umno nanti pada 4 Disember ini," katanya. Mohammad Kazim belum mengesahkan menerima pelantikan itu.

Tidak banyak yang diketahui tentang latar belakang politiknya kerana Mohammad Kazim berusaha kekal sebagai penceramah agama yang bebas.

Bagaimanapun, beliau telah dilihat berucap di pentas BN dalam pilihan raya kecil Sungai Limau baru-baru ini tetapi beliau menafikan berkempen untuk parti pemerintah.

Umno sejak kebelakangan ini telah mengambil ulama menjadi ahlinya dalam usaha untuk meluaskan kehadirannya terutama di kalangan sokongan asas PAS .

Seorang lagi ulama yang semakin meningkat dalam Umno adalah exco Pemudanya, Fathul Bari.

ADS