Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes rusuhan: Warga M'sia dibebaskan
Diterbitkan:  Dec 10, 2013 11:20 AM
Dikemaskini: 4:37 AM

Warga Malaysia yang ditahan oleh polis Singapura kerana disyaki terlibat dalam rusuhan malam Ahad lalu di kawasan Little India, di negara tersebut telahpun dibebaskan.

Laporan The Star Online dalam laporan yang memetik kenyataan pesuruhjaya tinggi Malaysia di Singapura, Datuk Husni Zai Yaacob berkata, mereka dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pasukan polis negara tersebut hari ini.

Individu tersebut empat orang yang dibebaskan, daripada keseluruhan 28 orang yang ditahan dalam kejadian rusuhan malam Ahad lalu.

Baki 24 orang lagi dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan, laporan akhbar Singapura, The Straits Times.

Sementara itu, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata lima lagi rakyat kita, yang bekerja sebagai pegawai polis bantuan, mengalami cedera ringan ketika membantu polis Singapura ketika menangani kejadian tersebut.

Laporan laman Astro Awani menyebut, kenyataan Anifah itu disampaikan oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura kepada pasukan polis negara tersebut.

“Lima orang anggota polis bantuan, yang merupakan warga Malaysia dengan status kediaman tetap di Singapura mengalami cedera ringan ketika membantu pihak berkuasa Singapura,” kata menteri luar itu.

Anifah menegaskan bahawa kejadian pada malam Ahad lalu adalah “perkara dalaman” Singapura tetapi kementeriannya akan tetap bekerjasama dengan negara jiran tersebut dalam kes itu.

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia akan menberi bantuan konsular yang diperlukan untuk membantu rakyat Malaysia terjejas dengan penyelarasan dengan pihak berkuasa Singapura,” katanya.

Laporan menyebut, rusuhan itu berlaku selepas satu bas swasta didakwa melanggar dan membunuh seorang pekerja asing di kawasan Little India.

Sekumpulan kira-kira 400 orang menterbalikkan tiga buah kereta polis dan beberapa penahanan turut dibuat.

Seramai 10 orang anggota polis cedera dalam kejadian tersebut.

ADS