Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

VIDEO l 2:45 minit

Selangor akan menggunakan kedudukannya sebagai pemilik saham dalam tiga syarikat konsesi lebuh raya di negeri itu untuk menghentikan kenaikan tol yang dirancang.

NONE Penasihat ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim ( kanan ) berkata, menteri besar setuju untuk mengeluarkan arahan kepada wakil kerajaan dalam syarikat konsesi untuk tidak menyokong kenaikan tol.

Ketiga-tiga lebuh raya itu, Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuh Raya Sprint.

"Kami mahu berikan pesanan kepada kerajaan persekutuan, mereka boleh lakukan perkara sama dengan syarikat berkaitan kerajaan yang memiliki saham dalam syarikat konsesi lebuh raya," katanya.

Semalam, 15 lebuh raya, kebanyakannya sekitar Kuala Lumpur, dilaporkan akan menaikkan kadar tol antara 50 sen hingga RM2 bermula 1 Januari tahun depan.

[Baca berita penuh]

ADS