Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Merdeka Center: Populariti Najib menjunam
Diterbitkan:  Dec 18, 2013 4:59 PM
Dikemaskini: 11:28 AM

VIDEO l 0:54 minit

Satu tinjauan baru oleh pusat kajian Merdeka Center mendapati populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di kalangan pengundi menjunam 10 mata kepada 52 peratus dalam bulan Disember berbanding Ogos tahun ini.

Menurut Merdeka Center, tinjauan itu dibuat di kalangan 1,005 orang responden terdiri daripada pengundi Melayu, Cina dan India di semenanjung Malaysia di antara 4 hingga 12 Disember 2013.

"Masa culaan ini dibuat adalah selepas pengurangan subsidi bahan bakar pada September 2013, pembentangan belanjawan negara 2014 sewaktu kerajaan mengumumkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan kenyataan tambahan berkenaan kenaikan tarif elektrik yang dijangka bermula pada Januari 2014," kata Merdeka Center dalam kenyataannya.

Data berkenaan merekodkan tahap populariti Najib yang paling rendah sejak dilantik sebagai perdana menteri pada September 2009.

Populariti beliau direkodkan paling banyak merosot di kalangan pengundi masyarakat India iaitu sebanyak 19 peratus – 76 peratus pada Ogos lalu dan kini menjunam kepada 57 peratus.

Bagaimanapun, populariti Najib hanya merosot sedirkit di kalangan pengundi tanpa capaian Internet – sebanyak lima peratus sahaja berbanding pengundi tanpa capaian Internet dengan kadar kemersosotan lebih dua kali ganda sebanyak 12 peratus.

Kajian yang sama juga mendapati sebahagian besar responden tidak faham bagaimana GST akan memanfaatkan mereka.

"Culaan ini mendapati 55 peratus daripada pengundi semenanjung Malaysia melaporkan mereka kurang faham bagaimana GST akan berfungsi dan memberi kesan kepada mereka," kenyataan itu dipetik.

Di samping itu, 54 peratus daripada responden juga tidak percaya kepada kenyataan pemimpin kerajaan berkenaan situasi ekonomi negara, menurut Merdeka Center.

ADS