Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kerajaan BN hanya melemahkan dirinya sendiri apabila bertindak mendanai kumpulan "pengacau" seperti kumpulan pendesak Melayu PERKASA, kata Gerakan hari ini.

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang berkata tindakan itu menjauhkan ramai pengundi daripada BN termasuklah golongan Melayu bandar dan kerja-kerja kumpulan pendesak Melayu aliran kanan itu juga bertentangan dengan objektif BN.

Lantaran itu, BN perlu menjelaskan sebab di sebalik penglibatan institusi utama kerajaan dengan program PERKASA, kata Tan.

"BN membunuh diri apabila membiayai aktiviti mereka kerana aktiviti mereka tidak membantu kerajaan... atau mewujudkan imej yang buruk.

"Jika ia benar, ia perlu dikaji semula..dan kerajaan perlu tampil dan menjelaskan situasi berkenaan atau khabar angin akan terus bertiup kencang," kata Tan kepada Malaysiakini .

[Baca berita penuh]

ADS