Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rayuan Khir ditangguh, tarikh belum ditetapkan

Rayuan terakhir bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo, yang dijadual didengar hari ini di mahkamah tertinggi di negara ini, telah ditangguhkan kepada suatu tarikh yang belum ditetapkan.

Ketua komunikasi korporat Mahkamah Persekutuan Mohd Aizuddin Zolkeply berkata penangguhan itu disebabkan oleh sebab-sebab yang "tidak dapat dielakkan dengan pihak mahkamah".

Berikutan itu, katanya, tarikh untuk mendengar rayuan tersebut akan diputuskan kemudian.

Rayuan itu dijadualkan didengar hari ini selepas Khir didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada tahun 2011 bagi tuduhan rasuah yang berkaitan dengan pembelian dua lot tanah berharga dan sebuah rumah di Shah Alam, semasa menjadi penjawat awam.

Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan hartanya dirampas. Bagaimanapun, ia membenar penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menanti rayuan.

Mahkamah Rayuan telah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu tahun lepas.

[Baca berita penuh]

Mahkamah rayuan kekal hukuman bersalah Khir Toyo

ADS