Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
GST: Gaji RM2,000, tambah RM15 saja
Diterbitkan:  Feb 20, 2014 4:45 PM
Dikemaskini: Feb 21, 2014 7:09 AM

Orang ramai tidak perlu bimbangkan beban cukai dengan pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6 peratus tahun depan, memandangkan ia antara kadar terendah di dunia.

Memberi contoh bagi pengguna dengan gaji RM2,000, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, mereka hanya akan akan menanggung cukai tambahan sebanyak RM15.06 (2.6 peratus) daripada perbelanjaan.

Kajian lanjut mendapati GST hanya menaikkan harga barangan, seperti diukur Indeks Harga Pengguna, rendah secara relatifnya sebanyak 1.8 peratus.

“Kadar GST kita rendah. Malah, ia antara terendah di peringkat antarabangsa.

“Daripada lebih 160 negara yang mempunyai GST atau yang sepertinya, hanya lima peratus mempunyai kadar lebih rendah daripada 6 peratus,” kata Ahmad Husni.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucap utama dalam forum GST anjuran Institut Pengurusan Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

[Baca berita penuh]

ADS