Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Saiful bersyukur keputusan memihak kepadanya
Diterbitkan:  Mar 7, 2014 9:13 PM
Dikemaskini: 1:21 PM

'Benar janji Allah, yang hak pasti mengatasi yang bathil,' tulis Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam blognya.

Saiful adalah bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan pengadu dalam kes liwat 11 terhadap ketua umum PKR itu.

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan pihak pendakwa terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini membebaskan Anwar daripada tuduhan tersebut.

Ekoran itu, mahkamah telah menjatuhkan hukuman lima penjara terhadap Anwar. Mahkamah juga membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut dan mengenakan ikatjamin RM10,000.

"Berkat doa, istiqamah dan sabar selama 6 tahun, saya bersyukur ke hadrat Ilahi dengan keputusan Mahkamah hari ini yang memihak pada saya.

"Saya dan keluarga menghormati keputusan Mahkamah hari ini.

"Kebenaran ini penting dan amat bermakna buat saya dan seluruh keluarga saya.

"Yang pasti, saya dan keluarga kehadapan... Saya berdoa semoga Allah SWT terus memberi perlindungan dan kemudahan dalam segala urusan saya.

"Terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama saya selama ni. Allah sahaja mampu membalasnya.

 

"Akan terus Istiqamah. Kepada Allah saya berserah" tulis Saiful.

ADS