Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Waris penumpang MH370 diminta bersedia
Diterbitkan:  Mar 8, 2014 4:23 PM
Dikemaskini: Mar 9, 2014 6:26 AM

Waris penumpang pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370, telah diberitahu pada jam 1.30 tengahari tadi supaya bersedia untuk diterbang ke lokasi yang tidak dinyatakan.

 

"MAS kata kami perlu bersedia untuk dihantar (di sana)... pada pukul 6 petang hari ini," kata seorang waris seseorang penumpang pesawat itu kepada pemberita.

Difahamkan, antara lain, waris penumpang telah diminta bersedia pasport mereka.

 

Seorang lelaki itu yang enggan dikenali, yang bercakap kepada media di luar kawasan yang menempatkan waris penumpang, berkata MAS akan membawa dua waris bagi setiap penumpang dengan pesawat MH307.

 

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut ke mana mereka akan diterbangkan.

Sementara itu, Ketua Pegawai eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya menjelaskan bahawa keluarga penumpang dinasihatkan membawa pasport supaya MAS dapat membantu mereka jika mereka mahu diterbangkan ke mana-mana destinasi.

Bercakap di sidang media, beliau berkata ada keluarga penumpang yang ingin ke Beijing manakala mereka yang di luar Malaysia ingin ke Kuala Lumpur.

 

Penerbangan MH370, sebuah pesawat Boeing 777-200 dalam perjalanan ke Beijing dari KLIA, hilang di ruang udara Vietnam.

 

Tentera laut Vietnam mendakwa pesawat itu terhempas di perairan mereka, tetapi kerajaan Malaysia masih berusaha untuk mengesahkan ini.

 

Pesawat itu membawa 239 penumpang, termasuk 12 anak kapal. Terdapat 152 warga China dan 38 rakyat Malaysia dalam pesawat itu.

 

Setakat ini, pihak berkuasa Vietnam, Malaysia dan China sedang melancarkan misi bersama mencari dan menyelamat.

ADS