Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Polis mula mengeledah rumah juruterbang pesawat Malaysia Airlines yang hilang Sabtu lau, selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa pesawat itu disyaki sengaja menukar laluan penerbangan, kata seorang pegawai kanan polis kepada Reuters.

Anggota polis tiba di rumah kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, petang ini, sejurus selepas tamat sidang akhbar perdana menteri.

Zaharie memasang simulator Boeing 777 simulator di rumahnya.

Gambar yang disiarkan oleh Zaharie di laman Facebook beliau menunjukkan sebuah simulator dengan tiga monitor komputer.

"Pegawai polis hanya mencari beberapa bahan-bahan yang boleh membantu siasatan untuk mengesan pesawat yang hilang itu," kata satu sumber polis kepada agensi berita dpa.

Bagaimanapun, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata beliau masih belum menerima sebarang arahan untuk mengeledah rumah keluarga Zaharie di Balik Pulau, Pulau Pinang.

"Kami masih belum menerima arahan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk mengeledah rumah Zaharie di sini," katanya kepada Malaysiakini.

Penyiasat mengesahkan bahawa pesawat yang dikesan oleh radar tentera adalah pesawat MH370 selepas komunikasinya mungkin dimatikan sebelum sampai ke pantai timur Malaysia minggu lalu, kata Najib.

Sementara itu, kementerian luar China meminta Malaysia supaya menyediakan maklumat yang lebih menyeluruh dan tepat mengenai penerbangan Malaysia Airlines terbabit.

China juga meminta Malaysia mendapatkan lebih banyak negara menyertai operasi mencari dan China sendiri akan meminta negara-negara lain yang berkaitan untuk membantu mencari pesawat tersebut, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Penyiasat percaya seseorang di atas kapal pesawat itu sengaja menutup sistem komunikasi dan pengesanannya, membawa pesawat itu berpatah balik dan terbang selama hampir tujuh jam selepas ia hilang, kata perdana menteri hari ini.

Reuters

ADS