Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rahim Bakri: Arahan pusat kawalan hanya andaian
Diterbitkan:  Mar 27, 2014 8:24 PM
Dikemaskini: Mar 28, 2014 6:01 AM

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri menjelaskan kenyataannya sebelum ini, bahawa MH370 berpatah paling kerana mendapat arahan pusat kawalan, hanya andaiannya.

Menurutnya, ia semata-mata kemungkinan yang boleh berlaku.

"Setelah membuat semakan, saya ingin tegaskan bahawa andaian saya tidak tepat," katanya dalam kenyataan akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau semalam juga berkata, tentera udara mengesahkan bahawa pesawat itu tidak memberi ancaman, ketika ia dikesan oleh radar tentera pada jam 2.40 pagi.

Bagaimanapun, tentera pada masa itu tidak memastikan bahawa pesawat berkenaan merupakan penerbangan MH370, yang kemudiannya gagal dikesan, katanya di Dewan Rakyat semalam.

ADS