Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Timbalan menteri: Tong bahan kimia Lynas tiada radioaktif

Tong mengandungi cecair bahan kimia NdPr Chloride dari Kilang Lynas yang terjatuh dari sebuah treler di Km 149, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur berhampiran Kampung Sungai Kepong, Lanchang, Temerloh semalam disahkan tidak mengandungi bahan radioaktif.

    

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata kandungan bahan kimia tersebut juga tidak didaftarkan sebagai kategori berbahaya.

    

"Pengguna jalan raya dan penduduk setempat tidak perlu risau kerana ia bukan bahan merbahaya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program penanaman pokok anjuran Standard Chartered Bank di Klebang di Melaka hari ini.

    

Malah beliau berkata bahan yang akan dieksport ke Jepun itu tidak membahayakan hidupan termasuk hidupan dalam laut seperti ikan.

    

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, sebanyak 13 daripada 15 tong yang mengandungi cecair kimia tersebut bertaburan di atas jalan raya setelah terjatuh dari treler itu yang dalam perjalanan dari Gebeng, Kuantan menuju Pelabuhn Klang, Selangor.

    

Empat daripada tong-tong itu dilapor pecah.

    

- Bernama

ADS