Umno S'gor demo jika catuan air tak tamat
Diterbitkan: Apr 18, 2014 2:00 PM | Dikemas kini: Apr 18, 2014 2:04 PM
Umno Selangor mengancam mengadakan protes terhadap kerajaan negeri jika catuan air yang menjejaskan banyak pihak di Lembah Klang tidak ditarik balik.
Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar ( kiri ) hari ini memberikan masa kepada kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat itu sehingga 4 Mei ini untuk berbuat demikian.
Katanya, jika tuntutan itu tidak dipenuhi, mereka akan mengadakan demonstrasi dan program jelajah bersama kumpulan NGO dan penduduk terjejas.
Perkara itu bukan usaha Umno semata-mata, sebaliknya semua rakyat harus bangkit mempertahankan hak mereka untuk mendapatkan bekalan air, kata Noh.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Shah Alam hari ini.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.