Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BERSIH: Himpunan 1 Mei, polis tak boleh guna PAA
Diterbitkan:  Apr 25, 2014 9:48 AM
Dikemaskini: 7:14 AM

Polis tidak boleh menggunakan Akta Perhimpunan Aman (PAA) untuk bertindak terhadap perhimpinan anti-GST pada 1 Mei di Kuala Lumpur kerana ia adalah Hari Pekerja yang disambut di seluruh dunia, kata badan pemantau pilihan raya, BERSIH.

Polis mesti memberi perhimpunan itu komitmen yang sama bagi melancarkan laluan, sepertimana yang ia lakukan untuk lawatan dua hari Presiden Amerika, Barack Obama hujung minggu ini, kata jawatankuasa pemandu BERSIH dalam satu kenyataan semalam.

"Polis tidak boleh menggunakan Akta Perhimpunan Aman 2012  untuk menghentikan perhimpunan tersebut. Hari Pekerja disambut di seluruh dunia," kata BERSIH merujuk kepada kenyataan Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad (kiri) bahawa perhimpunan anjuran NGO dan Pakatan Rakyat itu, adalah haram.

Ia menggesa pihak polis supaya mengikut perkembangan masa dan melihat peranan mereka menjaga amalan demokrasi.

BERSIH berkata, ia "kecewa" dengan laporan Zainuddin mengisytiharkan perhimpunan itu haram dan bahawa NGO itu tidak memenuhi syarat-syarat PAA untuk menghantar notis 10 hari sebelum perhimpunan diadakan.

BERSIH mengulangi hasratnya untuk berhimpun semasa perhimpunan 1 Mei pada pukul 2 petang berhampiran KLCC, dan kemudiannya berarak ke Dataran Merdeka.

[Baca berita penuh]

ADS