Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pesawat terhempas, juruterbang pelatih cedera
Diterbitkan:  Apr 29, 2014 11:00 AM
Dikemaskini: 3:10 AM

Seorang juruterbang pelatih cedera hari ini selepas pesawat ringan berenjin tunggal yang dipandunya terhempas di satu kawasan perumahan di Kota Bharu.

Laporan akhbar tempatan hari ini menyebut, pasukan penyelamat mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan M Shankar, 20, dari bangkai pesawat Piper Warrior II pada kira-kira jam 12.30 petang semalam.

Menurut laporan Berita Harian , pelatih Akademi Latihan Penerbangan Asia Pasifik itu dilaporkan patah kaki dan tangan, selain cedera di kepala.

Nahas itu dilaporkan berlaku ketika pelatih tersebut cuba mendaratkan pesawat tersebut di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa. yang terletak kira-kira 800 kilometer dari tempat kejadian.

Menurut laporan tersebut, penduduk sekitar bergegas ke arah pesawat tersebut untuk membantu pemuda tersebut, namun tidak berjaya kerana kaki mangsa tersepit di bawah panel peralatan.

Seorang saksi, Mohd Zairi Ismail memberitahu akhbar tersebut, beliau melihat pelatih tersebut menggelepar dan mengerang kesakitan.

Pelatih tersebut dikemudiannya berjaya dikeluarkan dari bangkai pesawat oleh pasukan bomba dan peyelamat dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab I, Kota Baru, menurut laporan itu lagi.

Terdahulu, juruterbang pelatih dalam latihan penerbangan solo itu dilaporkan berlepas dari lapangan terbang sama pada kira-kira jam 11.30 pagi dan membuat penerbangan di sekitar Bachok, Tanah Merah dan Pasir Mas.

ADS