Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seorang pemimpin MIC, S Vell Paari menyatakan kekecewaannya ke atas NGO konservatif Islam, Ikatan Muslimin Malaysia, yang disifatkannya sebagai “badut yang tidak menghiburkan”.

Tidak cukup dengan itu, pengarah strategi MIC itu turut mengeji ISMA dengan mengumpamakan sebutan nama NGO tersebut dengan “penyakit kelamin”.

"Saya tak bergurau. Itulah yang terlintas dalam fikiran saya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini yang berusaha mendapatkan ulasan beliau untuk laporan berita.

Vell Paari seterusnya berkata, beliau kemudiannya difahamkan bahawa ISMA bukanlah sejenis penyakit kelamin seperti yang disangkanya.

Dengan nada lebih serius, beliau memberi amaran bahawa ISMA boleh memberi ancaman kepada pencapaian negara.

"Tetapi sekarang saya tahu ISMA bukan satu STD tetapi jauh lebih teruk daripada itu.

"Ia penyakit yang melemahkan tubuh, dan jika dibiarkan, ia boleh merosakkan semua yang kita telah capai selama ini," katanya memberi amaran.

Beliau mengulas kenyataan presiden ISMA, Abdullah Zaik Abdullah Rahman semalam yang menyifatkan orang Cina di negara ini sebagai “penceroboh”.

Katanya, golongan Cina itu juga “membuli orang Melayu” selepas masuk ke negara ini bersama British.

Abdullah menggelarkan demikian dalam kenyataan balasnya ke atas golongan yang mempersoalkan pendiriannya berhubung hak orang bukan Islam untuk membincangkan hudud.

[Baca berita penuh]

ADS