Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

dikemaskini Tindakan memuat-naik poster calon DAP di Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud ke dalam Facebook, antara lain, telah mengundang masalah kepada seorang guru.

Menurut guru tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan, seorang pegawai kanan Kementerian Pendidikan menghubunginya sejak minggu lepas untuk "memberi nasihat" kepadanya supaya membuang posting tersebut kerana ia dianggap "anti- kerajaan".

Beliau mendakwa bahawa dalam panggilan terbaru dan SMS yang diterimanya, seorang pegawai khas kepada ketua pengarah pelajaran telah memintanya supaya menutup laman Facebooknya dan mengatakan dia akan "diawasi".

"Kita akan tengok dari masa ke semasa." Fahamkan? Tak apa. Kita tengok (apa dia akan buat).

"Silap-silap dia nak postingkan (ditukar)," katanya ketika dihubungi.

"Terdapat guru-guru yang terlibat dalam skandal seks, guru yang tak hadir ke kelas, sekolah yang tidak mempunyai kemudahan dan mereka mahu menghabiskan masa memantau Facebook."

Guru, yang telah berkhidmat selama 16 tahun itu, berkata beliau diberitahu bahawa terdapat aduan yang dibuat terhadapnya.

Ketika dihubungi, pegawai khas itu mengesahkan bahawa

beliau telah menghubungi guru berkenaan setelah diarahkan oleh Ketua Pengarah Khair Mohamad Yusof (kiri), tetapi enggan mengulas lanjut.

"Saya tidak boleh komen kerana saya seorang penjawat awam. Anda perlu menghubungi ketua Pengarah," katanya.

Sementara itu, ketika dihubungi, seorang pegawai pendidikan di jabatan pelajaran negeri yang tidak mahu namanya disiarkan, mengaku telah menghubungi guru berkenaan tetapi menegaskan ia hanya "untuk memberi nasihat sebagai kawan."

[Baca berita penuh]

ADS