Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pakatan Johor serba salah sokong RUU kontroversi

Para ADUN Pakatan Rakyat Johor kini serba salah untuk menyatakan sokongan ke atas Rang Undang-undang Perumahan dan Hartanah Johor 2014 dalam sidang DUN akan datang.

Sekiranya menyokong, para wakil rakyat tersebut akan dianggap menyokong rang undang-undang kontroversi melibatkan kuasa Sultan dalam lembaga yang akan ditubuhkan.

Wakil rakyat berkenaan juga bimbang dianggap menentang Sultan sekiranya tidak menyokong rang undang-undang tersebut.

Rang undang-undang itu yang akan dibentangkan pada Isnin depan, akan memberi kuasa kepada Sultan Johor untuk menyelia akaun Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor.

Ketua pembangkang Johor, Dr Boo Cheng Hau bagaimanapun berkata Pakatan sudah sepakat bahawa rang undang-undang itu "meletakkan terlalu banyak beban" ke atas Sultan.

Beliau mencadangkan agar tanggungjawab semak dan imbang itu ditanggung oleh DUN.

Namun, Pakatan kini hanya mempunyai 18 kerusi dalam sidang DUN Johor dan jumlah itu tidak akan mampu menghalang BN daripada meluluskan rang undang-undang itu.

Justeru, Pakatan perlu bertindak seperti menarik rambut dalam tepung dalam mengumumkan pendirian mereka dan pada masa sama mengelak daripada dilabel sebagai 'anti-Sultan'.

[Baca berita penuh]

ADS