Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meramalkan bahawa pasukan bola sepak Sepanyol sekali lagi akan mempertahankan Piala Dunia yang dimenangi pada 2010 dalam kejohanan yang bermula pada 13 Jun ini di Brazil.

Berdasarkan persembahan terbaik pasukan itu, Najib yakin pasukan yang terkenal dengan jolokan 'La Roja' akan mengulangi kejayaan yang dicatat mereka di Afrika Selatan empat tahun lalu.

"(Pasukan itu) ia bukan pasukan pilihan saya, tapi Sepanyol akan menang.

"Pasukan pilihan sentimental saya adalah England tapi saya tidak fikir mereka akan menang," katanya yang juga graduan Universiti Nottingham.

"Secara jujur kepada kamu, saya suka stail permainan Brazil tapi berdasarkan rekod menunjukkan Sepanyol akan menang," katanya dalam satu perbualan selepas menyampaikan ucap utama Invest Malaysia 2014 hari ini.

Perbualan itu dimudah cara oleh bekas pengerusi eksekutif PricewaterhouseCoopers Malaysia Johan Raslan.

Sepanyol akan berdepan Belanda dalam perlawanan pembukaan kumpulan B pada 13 Jun di Brazil.

[Baca berita penuh]

ADS