Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Berita baik untuk 'Alkitab Berita Baik'
Diterbitkan:  Jun 11, 2014 7:38 PM
Dikemaskini: 12:38 PM

Tiada pendakwaan akan dibuat dalam kes melibatkan rampasan Bible daripada Persatuan Bible Malaysia pada Januari lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata kes itu kini ditutup.

“Oleh yang demikian, Jabatan Peguam Negara memutuskan tidak ada sebarang pendakwaan dibuat dan kes tersebut ditutup.

“Berhubung dengan kitab-kitab yang dirampas, Jabatan Peguam Negara meminta pihak JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) untuk mengambil tindakan selanjutnya mengikut lunas undang-undang.

Katanya, Jabatan Peguam Negara telah meneliti fakta dan keterangan yang terdapat dalam kertas siasatan dan memutuskan buku-buku yang dirampas bukan tulisan yang diterbitkan bawah seksyen 9(1)(a) Enakmen Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

“Keterangan menunjukkan buku-buku yang dirampas adalah Bible dalam versi Bahasa Malaysia dan Alkitab Berita Baik adalah himpunan buku Taurat, Zabur dan Injil yang merupakan buku asas penganut agama Kristian.

“Jabatan Peguam Negara juga turut mengambil kira keterangan Kementerian Dalam Negeri bahawa buku-buku tersebut tidak dikawal oleh Kementerian Dalam Negeri dan tidak melibatkan isu keselamatan negara,” katanya.

[Baca berita penuh]

ADS