Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Aktivis pelajar 'terima' bangkai ayam
Diterbitkan:  Jun 21, 2014 8:29 PM
Dikemaskini: 12:36 PM

Aktivis pelajar Jamhuri Mohamed, yang kritikal terhadap kampus Universiti Malaysia Sabah Labuan (Umskal) , mendapati biliknya telah dipecah masuk dan terdapat bangkai ayam di situ.

Jamhuri, yang Presiden Pro-Mahasiswa Umskal, mendapati bangkai ayam itu diletak di atas katilnya manakala dindingnya diconteng mesej 'Berambuslah bodoh'.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jurucakap Pro-Mahasiswa Umskl, Hasnur Faridah Abbas berkata, kejadian itu berlaku antara jam 9 semalam dan 12 tengah malam hari ini.

Mereka menyedarinya kejadian itu selepas pulang daripada menghadiri forum mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

J amhuri adalah antara 16 pelajar yang berdepan dengan tindakan di

bawah AUKU kerana membantah penutupan kedai pelajar di kampus itu pada bulan Februari.

Mereka telah membawa kes penutupan kedai tersebut ke pengetahuan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Hasnur berkata Jamhuri telah membuat laporan polis berhubung kejadian semalam.

[Baca berita penuh]

ADS