Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Pancung mereka hina agama, sultan'
Diterbitkan:  Jun 23, 2014 9:50 PM
Dikemaskini: 1:56 PM

VIDEO

Seorang pemimpin kumpulan pendesak Melayu PERKASA mengancam “memancung leher” pihak yang didakwa memperkotak-katik agama dan memperlekehkan sultan.

Dalam ucapan berapi-rapinya hari ini, Yang Dipertua PERKASA Negeri Sembilan Ruslan Kassim berkata demikian dalam perhimpunan di depan istana Selangor, merujuk kepada “parasit” yang menurutnya “lebih baik berambus”.

“Kalau mereka tidak berhenti dari terus memperkotak-katikkan agama, kalau mereka tak berhenti dari terus memperlekehkan DYMM sultan, kita akan memancung leher mereka.

“Lebih baik mereka berambus, lebih baik mereka mati, lebih baik tidak berada di negara ini, daripada menjadi penyakit, menjadi virus, jadi parasit pada agama kita, bangsa kita, negara kita,” katanya.

Ruslan berkata demikian dalam perhimpunan bagi menjunjung kasih terhadap tindakan Sultan Selangor mempertahankan kesucian Islam dan tindakan pihak berkuasa agama negeri.

Perkara itu berkaitan keengganan Majlis Agama Islam Selangor memulangkan 321 naskhah Bible yang dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) daripada Persatuan Bible Malaysia.

“Kadang-kadang terpaksa memerlukan titisan darah syuhada, kita rela, biar berpisah nyawa dari badan, kita tetap kana pertahankan nama Allah yang maha suci ini, Insya-Allah,” katanya.

Utusan Online hari ini melaporkan, hampir 200 ahli pelbagai NGO berhimpun di hadapan Istana Bukit Kayangan bagi menyatakan pendirian membantah cadangan empat ahli Parlimen PAS yang didakwa mahu supaya dihapuskan kuasa MAIS.

Mereka yang berhimpun kira-kira pukul 11 pagi ini dilapor sebulat suara mahu kuasa MAIS dipertahankan dalam pentadbiran agama Islam di negeri ini.

Mereka juga dijangka akan mengemukakan memorandum kepada sultan selangor bagi menyatakan sokongan kepada MAIS selain menjunjung kuasa baginda sebagai ketua agama negeri, lapor Utusan Online lagi.

[ Baca berita penuh]

ADS