Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nazri hentam MCA isu tukang masak asing
Diterbitkan:  Aug 3, 2014 7:00 PM
Dikemaskini: 11:53 PM

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menghentam MCA kerana mempertahankan kepentingan orang asing dan bukan rakyat Malaysia apabila parti itu mengkritik beliau kerana menyokong larangan terhadap tukang masak asing.

 

Nazri berkata beliau tidak peduli apa yang MCA kata kerana menganggap "parti itu tidak mewakili rakyat".

 

Tambahnya, MCA telah "benar-benar hilang arahnya" kerana ia 

tidak memperlihatkan keprihatinannya tentang rakyat Pulau Pinang atau makanan tempatannya, yang parti itu sepatut lakukan, dan bukannya bercakap untuk rakyat asing.

 

Lagi pun, katanya, parti itu tidak mempunyai sebarang kerusi di Pulau Pinang.

Jadi mereka bercakap bagi pihak siapa, katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

 

Masalah dengan MCA, kata Nazri, ialah mereka hanya mahu menentang Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (kanan), sama ada beliau betul atau salah.

"Bagi saya, jika Guan Eng betul, saya akan menyokong," kata menteri itu.

 

Nazri berkata jika parti itu ada masalah dengan Guan Eng, ia bukan masalah beliau tetapi ia masalah mereka dan mereka perlu menanganinya.

[Baca berit penuh]

Lihat Komen
ADS