Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khalid hantar notis guaman kepada PKR
Diterbitkan:  Aug 11, 2014 12:39 PM
Dikemaskini: 5:55 AM

Peguam yang mewakili Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, mendakwa PKR telah melanggar perlembagaan parti apabila memecat beliau.

 

Dalam satu notis guaman yang dialamatkan kepada Presiden PKR,

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan pengerusi Lembaga Disiplin, Datuk Dr Tan Kee Kwong (kanan) yang bertarikh semalam, peguam dari firma Bon Advocates mahu pihak parti mengemukakan maklumat mengenai siapa yang menghadiri mesyuarat lembaga disiplin Sabtu lalu.

 

Menurut mereka, lembaga disiplin PKR dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR telah melanggar perlembagaan PKR, dalam Perkara 41 yang dibaca bersama Perkara 9.

Untuk ini, mereka mahu pihak parti menamakan mereka yang menghadiri mesyuarat MPP, yang menganggotai lembaga disiplin PKR, dan bagaimana mereka mengundi.

Mereka seterusnya menyatakan bahawa tindakan untuk memecat Khalid dalam tempoh lima hari selepas mengeluarkan surat tunjuk sebab, tanpa memberinya peluang untuk menjawab, juga melanggar prinsip keadilan asasi.

Firma guaman itu menyatakan bahawa mereka terkejut dengan cara dan sikap tergesa-gesa jawatankuasa pusat PKR dan Lembaga Disiplin itu, bertindak.

Menurutnyak, tindakan itu mengesahkan bahawa PKR tidak mengamalkan prinsip-prinsip" keadilan asasi "dan bahawa keputusan untuk memecat anak guamnya telah dibuat dengan tujuan untuk mempengaruhi sentimen orang awam atau gabungan Pakatan Rakyat (terutama PAS) untuk memaksa penyingkiran anak guamnya daripada jawatan menteri besar Selangor.

 

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS