Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat semua exco PKR dan DAP kerana tidak bersetuju bersama pasukannya mentadbir negeri Selangor.

Menteri besar Selangor itu menyatakan semua surat yang dihantar kepada lima exco, tiga dari DAP dan dua dari PKR hari ini berkuatkuasa serta-merta.

Bagaimanapun Khalid menyatakan belum menulis surat kepada Rodziah Ismail kerana berada di luar negeri.

"Exco telah membuat beberapa kenyataan dan menandatangani surat supaya diadakan satu blok tujuannya mengurangkan keberkesanan exco.

"Oleh itu saya menulis surat kepada sultan meminta supaya exco ini tidak meneruskan kerjanya dalam kerajaan negeri Selangor," katanya.

Senarai exco dipecat

DATUK TENG CHANG KHIM

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan

 

RODZIAH ISMAIL

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita

 

EAN YONG HIAN WAH

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram

 

ELIZABETH WONG KEAT PING

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar

 

DAROYAH ALWI

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi & Inovasi

 

GANABATIRAU VERAMAN

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin

Nafi mohon masuk PAS

Sebelum ini keenam-enam exco ini telah mengeluarkan kenyataan bersama untuk kekal dalam jawatan mereka tetapi tidak mahu menemui Khalid untuk bekerjasama kecuali dalam mesyuarat rasmi exco.

Sementara itu Khalid menafikan khabar angin beliau menyerahkan borang keahlian PAS hari ini.

"Saya tak sertai PAS. (Dakwaan) itu tak benar," kata beliau.

Lihat Komen
ADS