Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Beberapa pemimpin sederhana dalam PAS meluahkan harapan mereka melihat parti itu bersama Pakatan Rakyat, walaupun kepimpinan tertinggi enggan menyatakan pendirian mereka berhubung krisis menteri besar Selangor yang semakin meruncing.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, "Bagaimana kita (PAS) boleh menyokong Khalid apabila beliau tidak lagi dalam PKR?".

"Beliau adalah seorang menteri besar Bebas sekarang. Tak ada isu lagi untuk kita menyokong Khalid," katanya ketika ditemui di Pulau Pinang hari ini.

Krisis di Selangor memuncak apabila Khalid memecat enam anggota Exco daripada PKR dan DAP semalam.

Ia susulan PKR menyingkir beliau pada Sabtu kerana enggan melepaskan jawatan menteri besar sekalipun parti mengumumkan Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menggantikan beliau.

Semua pihak kini memerhati PAS yang belum menyatakan pendirian berhubung isu ini sekalipun Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menyatakan sokongan kepada Khalid.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS