Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Naib Presiden PKR N Surendran hari ini mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan hasutan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Jika didapati bersalah, naib presiden PKR itu berdepan dengan hukuman tiga tahun penjara maksimum atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.

Ahli Parlimen Padang Serai itu dituduh mengeluarkan kenyataan menghasut berhubung penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes

Liwat 11 Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Surendran, 48, dituduh mengeluar kenyataan media bertajuk 'Court of Appeal written judgment in Fitnah II is flawed, defensive and insupportable'  pada 14 April 2014.

Timbalan Pendakwa Raya Syed Faisal Syed Amin, yang mewakili pendakwaan, meminta ikatjamin ditetapkan pada RM10,000.

Bagaimanapun, peguam M Puravalen dan Latheefa Koya memberitahu mahkamah bahawa Surendran adalah ahli Parlimen dan seorang peguam, jadi jumlahnya haruslah nominal.

Surendran adalah naib presiden kedua dari PKR yang didakwa di bawah Akta Hasutan.

Sebelum ini ahli Parlimen Batu dan naib presiden PKR Tian Chua juga menghadapi tuduhan yang sama.

Hakim Zainol Rashid Hussain menetapkan ikatjamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 September ini untuk pengurusan kes.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS