Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pemimpin PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim "dikeluarkan" daripada semua jawatankuasa tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ekoran kritikannya terhadap polisi setinggan kerajaan negeri di muktamar PAS baru-baru ini.

Beliau pada muktamar PAS di Batu Pahat dilaporkan mendakwa kerajaan Pulau Pinang mengamalkan dasar perumahan yang mesra pemaju seperti kerajaan BN di negeri itu sebelum ini.

Iszuree yang juga ketua lajnah tanah PAS negeri dan ahli majlis berkata beliau menerima surat daripada Setiausaha MPPP Ang Aing Thye bertarikh 26 September itu, kira-kira jam 7 malam tadi.

Surat itu yang diperolehi Malaysiakini menyebut bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kelmarin memutuskan "untuk mengeluarkan" beliau dari semua jawatankuasa tetap dalam MPPP.

"Di mana tuan menjadi seorang ahli dan juga membekukan semua peruntukan tuan," surat itu dipetik.

Ketika dihubungi Malaysiakini , Exco Kerajaan Tempatan Chow Kon Yeow berkata Iszuree masih kekal sebagai ahli majlis dan masih boleh hadir dalam mesyuarat penuh majlis.

Beliau bagaimanpun enggan mengulas lanjut berhubung tindakan mengeluarkan Iszuree daripada semua jawatankuasa tetap.

Bercakap kepada Malaysiakini , Iszuree berkata beliau 'dikeluarkan' daripada jawatankuasa itu dalam satu surat bertarikh semalam.

"Kebebasan bersuara sudah tiada. Jika begini, lebih baik kerajaan negeri tutup sahaja sudut pidato di Padang Kota.

"Tindakan ini bertentangan dengan semangat Pakatan Rakyat. Kita sepatutnya bercakap tentang keadilan dan kebebasan bersuara, tetapi nampaknya ia tidak dipraktikkan," katanya.

[Baca berita asal]

 

Lihat Komen
ADS