Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M sokong Azmin, harap tiada undi tak percaya

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan sokongan terhadap Azmin Ali sebagai menteri besar baru Selangor.

Beliau berharap majoriti anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu menyokong Azmin dan mengelakkan undi tidak percaya.

“Saya harap bila dewan negeri bersidang, majoriti akan sokong Azmin.

“Jika tidak, akan ada undi tidak percaya dan Selangor haru cari menteri besar baru,” katanya ringkas kepada pemberita dalam majlis Proton di Shah Alam.

Walaupun telah dipilih oleh sultan Selangor, kedudukan Khalid masih boleh dicabar melalui Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bersidang pada November ini.

Azmin sebelum ini bukanlah pilihan PKR yang mencadangkan presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sementara itu, Mahathir hari ini enggan mengulas panjang berhubung keputusan Azmin mengurangkan bilangan exco PAS dalam pentadbiran negeri.

“Perkara itu hak MB, sama ada beliau hendak menambah atau mengurangkan. Beliau boleh lakukan apa yang beliau fikirkan sesuai.

“Tidak semestinya beliau kekalkan exco hanya kerana pentadbiran lama berbuat demikian,” katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS