Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Alinah mahu jadi datuk bandar atau birokrat?'
Diterbitkan:  Oct 4, 2014 2:19 PM
Dikemaskini: 6:56 AM

MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua kecewa dengan tindakan Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Alinah Ahmad yang menurutnya mengenepikan bantahan ahli majlis ke atas deraf Rancangan Tempatan Petaling Jaya.

Pua beliau juga terkejut kerana Alinah  tidak mengendahkan keputusan untuk membentuk jawatankuasa khas bagi mengkaji rancangan itu.

Oleh yang demikian, Alinah perlu menentukan tujuan sebenar untuk kekal di jawatan berkenaan, katanya.

"Datin Paduka Alinah Ahmad mesti putuskan sama ada beliau mahu jadi datuk bandar demi rakyat petaling jaya atau hanya seorang birokrat yang tidak mengendahkan kepentingan warga bandar," katanya.

Setiausaha publisiti DAP itu berkata, Alinah memberi alasan bahawa ahli majlis hanya berkuasa menolak rancangan tempatan dan bukan menolak proses cadangan deraf itu.

"Datuk bandar enggan mematuhi keputusan ahli majlis dan sebaliknya mengeluarkan kenyataan semalam, mendakwa ahli majlis boleh menolak rancangan tempatan namun tiada kuasa untuk membatalkan proses cadangan deraf itu.  

"Menurutnya, tindakan membatalkan proses itu akan adalah salah di sisi undang-undang kerana dengan sengaja menghalang proses membuat keputusan oleh kerajaan negeri.

"Hujah ini melucukan kerana ahli majlis adalah badan asal untuk mencadangkan sebarang perubahan ke atas rancangan tempatan untuk diluluskan kerajaan negeri," katanya dalam kenyataan.

Pua seterusnya mencabar menamakan pihak yang difikirkan berkuasa berbuat demikian, sekiranya ia bukan tanggungjawab ahli majlis.

“Jika ahli majlis tiada kuasa untuk meminda deraf mereka sendiri, selain dari kerajaan negeri, siapa lagi yang berkuasa?,” soalnya.

Alinah dalam kenyataan semalam menjelaskan bahawa keputusan yang dicapai oleh ahli MBPJ pada 30 September itu mencabuli Seksyen 16 (1) Akta Perancangan Bandar dan Desa.

Tegasnya, Pelan Tempatan 1 dan 2 Petaling Jaya akan diteruskan sementara menunggu semakan semula apabila ia dirujuk kepada Menteri Besar baharu, Azmin Ali.

Tony dalam kenyataan yang sama menyatakan bahawa beliau berpuas hati dengan keputusan Alinah untuk merujuk perkara itu kepada menteri besar.

Beliau menggesa agar Azmin membuat keputusan "untuk melindungi kepentingan rakyat".

"Kami yakin sebagai menteri besar yang bersama rakyat, beliau akan membuat keputusan yang betul demi melindungi kepentingan rakyat," katanya.

Lihat Komen
ADS