Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bahan pelincir jeli K-Y yang didakwa digunakan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan menjadi pertikaian dalam rayuan kes Liwat II di Mahkamah Persekutuan hari ini.

Peguam kanan yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Gopal Sri Ram berkata penggunaan pelincir tersebut tidak dinyatakan dalam laporan polis Saiful ke atas Anwar.

Beliau seterusnya mengemukakan bahawa jeli K-Y itu tidak termasuk dalam senarai bukti dari pihak polis, yang dirampas daripada Saiful.

"Saiful mendakwa kejadian liwat dilakukan di atas permaidani. Beliau mengakui bahawa pelincir digunakan dan diletakkan di duburnya.

"Saiful mengadu bahawa kejadian liwat itu dijalankan dengan rakus dan di mengalami kesakitan di bahagian dubur dan perutnya.

“Sekiranya pelincir digunakan pasti dia tidak mengalami kesakitan,” katanya.

Gopal seterusnya mempersoalkan pengakuan Saiful bahawa pengadu tersebut mendakwa pelincir itu diserahkan kepada pegawai penyiasat DSP Jude Blacious Pereira pada 28 Jun.

"Jude (kiri) menyerahkan pelincir tersebut kembali kepada Saiful dan pada hari berikutnya Saiful pergi ke balai polis dan menyerahkannya kepada polis,” tambahnya.

Peguam kanan itu berkata, ini membuktikan bahawa pengakuan Saiful tidak boleh dipercayai.

Gopal mengemukakan hujah pertama daripada tiga hujah utamanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS