Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kumpulan pekerja asing akhirnya dapat gaji
Diterbitkan:  Nov 1, 2014 6:45 PM
Dikemaskini: 10:54 AM

Satu kumpulan pekerja asing di Johor akhirnya berjaya menerima bayaran gaji mereka yang tertunggak sejak Ogos lalu, menurut seorang jurucakap Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Johor.

Mohd Salleh Ahmad yang bertindak sebagai penyelaras pusat sokongan pekerja asing badan itu berkata, para pekerja tersebut mula menerima bayaran gaji mereka semalam.

Ia berjaya dibayar selepas satu pihak mengambil alih kilang dari pemilik lama yang diisytihar muflis pada 30 Oktober.

Para pekerja berkenaan sebelum ini tinggal dalam keadaan daif sehingga ada yang terpaksa menjual basikal demi sesuap nasi.

Gaji berkenaan, untuk bulan Ogos dan September, dibayar oleh pihak baru dan bukannya oleh pemilik kilang.

Para pekerja berkenaan meninggalkan kilang perabot tersebut, di Ledang, Johor apabila pemiliknya diisytihar muflis.

Mohd Salleh berkata, pasport para pekerja itu masih dipegang oleh pemilik kilang, bawah pengawasan penerima baru itu kerana bimbang warga asing tersebut melarikan diri.

Kumpulan pekerja berkenaan, berjumlah lebih 500 orang, akan dihantar pulang ke negara asal secara berperingkat-peringkat.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS