Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pakatan Rakyat belum mencapai kata sepakat sama ada akan menolak sebarang usaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meningkatkan jumlah kerusi Parlimen dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya akan datang.

Bercakap kepada pemberita di lobi parlimen, MP Seremban Anthony Loke berkata Pakatan akan meneliti cadangan SPR itu terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

"Tetapi jika ada sebarang usaha untuk menambah kerusi bagi membantu Umno, kami akan menentangnya. Usaha itu perlu memenuhi prinsip satu orang satu undi," katanya merangkap Setiausaha Organisasi DAP.

Tanpa mendedahkan sumber, beliau mendakwa diberitahu bahawa ada usaha dari SPR untuk memecahkan kerusi Parlimen Rembau kepada dua konstituensi - Rembau dan Paroi- walaupun Rembau mempunyai hanya 79,000 pengundi.

 

Loke berkata demikian sewaktu memberi maklum balas terhadap kenyataan BERSIH dan NGO Tindak Malaysia yang menolak sebarang usaha untuk meningkatkan bilangan kerusi.

Sebarang usaha untuk menambah bilangan kerusi Parlimen perlu mendapat sokongan dua pertiga anggota Dewan Rakyat.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS