Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Pasma bukan ditubuh di perpustakaan saya'
Diterbitkan:  Nov 16, 2014 3:16 PM
Dikemaskini: 7:19 AM

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menyifatkan tuduhan beliau terlibat dengan NGO Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) sebagai fitnah di media sosial.

Menjawab soalan, beliau juga menafikan bahawa penubuhan NGO untuk anggota PAS itu ditubuhkan di sebuah perpustakaan miliknya dan ada rakan-rakannya terlibat, lapor Harakahdaily .

“Perpustakaan tersebut milik orang lain dan perjumpaan menubuhkan Pasma adalah dengan izin pemilik berkenaan dan saya tidak terlibat,” beliau dipetik sebagai berkata.

Tuduhan sebegitu bukan kali pertama baginya apabila Husam mengaku pernah dituduh Syiah kerana menamakan anak sempena Saidatina Fatimah, anak Nabi Muhammad dan tokoh penting aliran itu.

Beliau juga dilapor berkata pernah difitnah mengupah seorang penulis untuk membuat artikel memburukkan pemimpin.

“Walhal penulis berkenaan selama empat tahun menyerang saya, sehinggalah dalam satu majlis alumni penulis berkenaan duduk dekat saya.

“Dan hanya kerana itu saya dituduh mengupah penulis berkenaan memburukkan pemimpin,” tegasnya.

Akhbar web PAS itu melaporkan, Husam sebelum itu menyampaikan kertas kerja yang memperincikan ucapan dasar presiden pada Muktamar PAS ke-60 bertajuk “Terus beristiqamah”.

Beliau antaranya membangkitkan keperluan bersatu dan tidak menerima hasutan luar yang melaga-lagakan golongan ulama dan profesional dalam PAS.

Lihat Komen
ADS