'Suara meningkat mahu pemisahan hanya persepsi'
Diterbitkan: Nov 24, 2014 11:32 AM | Dikemas kini: Nov 24, 2014 4:58 PM
Tanggapan bahawa terdapat suara-suara yang meningkat supaya Sabah dan Sarawak berpisah daripada Malaysia hanyalah satu "persepsi", kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Wan Jaafar hari ini.
Menjawab soalan Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) in Parlimen, Wan Junaidi berkata hanya segelintir pihak sahaja melakukannya dan tidak benar jika pemimpin DAP itu beranggapan "banyak" pihak yang berbuat demikian.
"Itu hanya persepsi kamu (bahawa ada banyak). Kamu hidup dalam dunia kamu. Kami hidup dalam realiti," kata Wan Junaidi.
Wan Junaidi adalah anggota parlimen Santubong di Sarawak.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.