Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Saya takkan ke timur Sabah tanpa pengawal'
Diterbitkan:  Nov 24, 2014 6:40 PM
Dikemaskini: 11:33 AM

Menegaskan Sabah tidak selamat, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dilapor berkata beliau tidak akan pergi ke negeri di bawah bayu itu tanpa pengawal peribadi.

“Tanpa pengawal peribadi, saya tak akan pergi ke timur Sabah,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Sinchew Daily , edisi atas talian.

Malah, walaupun bawah perlindungan pengawal peribadi, beliau berkata tidak akan dapat tidur nyenyak ketika melawat negeri di Pulau Borneo itu.

Katanya, kewujudan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menunjukkan bahawa tempat itu tidak selamat.

Beliau juga dilaporkan berkata lebih baik bersikap jujur terhadap perkara itu daripada menyembunyikannya.

Katanya, selain mempromosikan pelancongan, beliau juga bertanggungjawab memastikan keselamatan pelancong di Malaysia.

“Saya hanya akan bercakap benar, walaupun di parlimen. Sesetengah orang tidak gembira tetapi itu utusan mereka,” beliau dipetik sebagai berkata.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS