Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP tetap mahu jawatan timbalan speaker
Diterbitkan:  Nov 30, 2014 4:13 PM
Dikemaskini: 10:03 AM

DAP tetap akan melobi agar satu lagi jawatan timbalan speaker diwujudkan apabila jawatan tersebut dimenangi PAS melalui undi rahsia yang dijalankan di DUN baru-baru ini.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua menyatakan hasrat parti itu dalam konvensyen DAP Selangor pagi ini.

"Kami tidak berniat untuk menghalang timbalan speaker dari PAS yang telah dilantik .

"Kami hanya menuntut bahawa timbalan speaker kedua dilantik seperti sebagaimana di Perak dan Sabah," ujar Pua dalam ucapannya dalam konvensyen itu hari ini .

DAP mencalonkan ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim untuk jawatan itu minggu lalu, namun wakil rakyat itu tewas dalam undi rahsia yang dijalankan.

Pua hari ini berkata Ng kekal sebagai pilihan parti itu untuk jawatan timbalan speaker tambahan.

Seorang lagi wakil rakyatnya, Hannah Yeoh kini memegang jawatan speaker Selangor.

Pua berkata DAP sentiasa setia kepada perjuangan Pakatan walaupun semasa krisis Menteri Besar Selangor (MB).

Katanya lagi, walau dengan perjanjian sebelum ini, PKR meraih satu lagi kerusi exco.

"DAP merasakan bahawa permintaan kami adalah adil dan tidak keterlaluan," katanya .

 

"DAP minta Menteri Besar, Azmin Ali adil kepada DAP," katanya .

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS