Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Duta: AS 'hairan' Najib kekalkan Akta Hasutan
Diterbitkan:  Dec 5, 2014 4:00 PM
Dikemaskini: 8:10 AM

VIDEO | 1.07 mins

WAWANCARA Amerika Syarikat "hairan" dengan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengekalkan Akta Hasutan, kata dutanya ke Malaysia, Joseph Y Yun.

"Apabila diumumkan bahawa kerajaan akan memansuhkan Akta Hasutan dan menggantikannya dengan cadangan Akta Keharmonian Nasional pada 2012, ia sangat dialu-alukan oleh masyarakat antarabangsa.

"Oleh itu, kami sedikit hairan mengapa kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa ia tidak akan dimansuhkan dan sebaliknya akan diperkukuh," katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Mengumumkan perubahan keputusan tersebut di perhimpunan agung Umno minggu lepas, Najib, yang juga presiden parti itu, berkata Akta akan turut diperkukuhkan.

Najib berkata pindaan perlu dibuat untuk melindungi Islam dan agama lain serta menangani desakan supaya Sabah dan Sarawak keluar di Malaysia.

Menjawab para pengkritiknya, Najib berkata tanggungjawabnya sebagai perdana menteri ialah untuk menjaga keamanan dan keharmonian negara.

Sementara itu, Naib Presiden Amerika Syarikat Joe Biden juga menulis dalam twitter tentang kebimbangannya tentang Akta Hasutan dan undang-undang lain yang digunakan untuk menekan  pembangkang di Malaysia.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS