Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi teguran kepada Datuk Seri Najib Razak perlu dilihat sebagai teguran yang positif.

Malah, beliau berkata, teguran yang diberi oleh Mahathir juga adalah kerana bekas perdana menteri itu mengambil berat dengan apa yang terjadi di negara ini.

"Saya pasti dia (Mahathir) tegur sebab dia ambil berat.

"Saya rasa kita tak patut lihat semua kritikan itu sebagai sesuatu yang dia (Mahathir) tidak suka. Saya tahu Tun suka Najib. Sekurang-kurangnya lebih (suka Najib) daripada saya.

"Kita patut lihat kritikan itu sebagai sesuatu yang positif dan lepas itu kita kena bekerja lebihlah. Saya rasa kita terimalah apa yang Tun cakap," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Subang Jaya hari ini.

Menjawab soalan, Mahathir dalam wawancara dengan Sinar Harian yang disiarkan 9 Disember berkata ramai  layak menggantikan Najib sebagai perdana menteri tetapi “Umno tak bagi masuk”.

Mahathir pada 5 November lalu menulis dalam blognya dengan berkata, pemimpin Umno Selangor yang terbabit dalam kegagalan parti itu dalam dua pilihan raya umum yang lalu, perlu berundur.

Umno Selangor dipimpin oleh Najib semasa pilihan raya umum lepas dan kini digantikan oleh Datuk Seri Noh Omar.

Mahathir juga terlibat mengkritik syarikat pelaburan 1MDB yang muncul hasil cetusan idea Najib.

Lihat Komen
ADS