Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri: Kampit beras wajah PM bukan isu
Diterbitkan:  Dec 30, 2014 4:50 PM
Dikemaskini: 8:53 AM

Walaupun dikecam kerana menggunakan kampit berwajah perdana menteri untuk beras yang diedar, menteri pertanian dan industri asas tani Datuk Seri Ismail Sabri enggan melayannya.

Yang penting, katanya, sumbangan daripada kementeriannya itu sampai kepada mangsa banjir bagi mengurangkan beban mereka.

“Tak apalah mereka hendak kecam.

"Yang penting barang-barang daripada MOA (kementerian pertanian) itu sampai kepada mangsa banjir dan dapat membantu mengurangkan bebanan mereka,” katanya dalam SMS balasan kepada Malaysiakini .

Beliau diminta mengulas kecaman di Internet terhadap kementerian kerana menggunakan gambar perdana menteri di kampit beras.

Gambar itu pada mulanya dimuat naik oleh penulis blog Syed Akhbar Ali dalam blog beliau, Out Syed The Box.

Syed Akhbar mendakwa, lebih pekerja digunakan untuk memastikan gambar perdana menteri terpapar di situ.

Beliau juga mendakwa bekalan tidak diedar sehingga gambar itu dilekatkan.

Selain itu, anggota parlimen Machang juga dikritik sebelum ini kerana menggunakan kampit beras memaparkan wajahnya dan tulisan “Datuk Lan, Ahli Parlimen Machang”, bersama logo BN dan 1Malaysia.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS