Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mendapati aktivis politik dan bekas wartawan, Hishamuddin Rais bersalah atas tuduhan menghasut.

Hakim Azman Mustafa ketika menyampaikan keputusannya berkata mahkamah berpuas hati bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes tersebut melampaui keraguan munasabah.

Hakim menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan memberi amaran untuk memenjarakan aktivis tersebut jika tidak melunaskan bayaran denda tersebut dalam tempoh lima bulan.

"Tertuduh tidak menafikan bahawa beliau mengucapkan kenyataan meminta orang ramai turun ke jalan raya untuk memprotes dan menggulingkan kerajaan BN," katanya.

Azman berkata, kenyataan Hishamuddin supaya "turun ke jalan" ditujukan kepada anak muda untuk mengadakan demonstrasi jalanan.

“Beliau seterusnya berkata, ini bukan satu ancaman tetapi satu janji untuk menggulingkan kerajaan BN, yang dipilih mengikut undang-undang, melalui demonstrasi jalanan.

“Maka, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah,” kata hakim ketika menjatuhkan hukuman.

The judge noted when sentencing the activist that despite Hishamuddin's words being fiery to the 1,000-strong crowd, his audience did not go out and protest against the government or cause injuries.

Azman berkata, seruan untuk mengadakan demonstrasi jalanan untuk menggulingkan kerajaan adalah kesalahan serius seperti yang berlaku di beberapa negara timur tengah.

Hishamuddin dituduh membuat kenyataan menghasut dalam ucapannya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor antara 8.55 malam dan 11.15 malam pada 13 Mei, 2013.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS