Anwar sedia beri 'bukti' tentang Daim pada SPRM
Diterbitkan: Jan 18, 2015 6:12 PM | Dikemas kini: Jan 18, 2015 6:15 PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akan mendedahkan “bukti” dimilikinya, berkaitan dakwaan salah guna kedudukan bagi mendapatkan kekayaan terhadap bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin, kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), jika dipanggil.
Kepentingan perniagaan yang dikaitkan dengan Daim sekali lagi menjadi perhatian, apabila media mesra kerajaan juga melaporkannya.
Ia berlaku selepas Daim tampil mengkritik dasar-dasar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Anwar ( kanan ), ketua umum PKR dan ketua pembangkang, berkata beliau sedia bekerjasama jika SPRM memutuskan untuk menyiasat Daim.
“Jika beliau panggil saya, sudah tentu saya akan kerjasama. Malah, saya ada bukti kukuh,” tegasnya.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.