Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PLKN tangguh, kontrak bas RM167 juta?
Diterbitkan:  Jan 26, 2015 12:10 PM
Dikemaskini: 10:17 AM

Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) membangkitkan persoalan sama ada kontrak bas bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dikatakan bernilai RM167 juta diteruskan walaupun program itu ditangguh.

Menurut NGO yang digerakkan pemimpin PKR itu, kontrak bermula Disember tahun lepas sehingga 2017 itu melibatkan penyediaan 416 buah bas bagi 82 kem latihan PLKN.

Justeru, soal pengarah NOW Akmal Nasir, adakah kerajaan akan membayar syarikat kontraktor walaupun tiada perkhidmatan bas yang diberikan bagi tahun 2015.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi syarikat terbabit dan pihak PLKN bagi mendapatkan reaksi mereka berhubung isu itu.

Lihat Komen
ADS