Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Budak 10 tahun mengamuk tanpa rokok
Diterbitkan:  Jan 28, 2015 3:35 PM
Dikemaskini: 8:02 AM

Fenomena kanak-kanak merokok semakin menjadi-jadi di Indonesia.

Setelah beberapa kes, kali ini media mendedahkan pula mengenai seorang kanak-kanak perempuan 10 tahun yang merokok kira-kira dua kotak sehari.

Baru berumur sepuluh tahun, Sandra Ulfiah, mula merokok sejak tiga tahun lalu setelah cuba-cuba dengan rokok ayahnya, Tarmudi (satu nama), 50, lapor Tempo.

Ibunya Marwati (satu nama), 50, berkata sejak itu anaknya akan merengek, malah mengamuk meminta rokok setiap kali melihat ayah atau jiran-jirannya merokok.

“Ulfi tidak merokok hanya saat sekolah dan tidur," ujar Marwati sambil berkata keadaan makin buruk apabila terdapat kedai menjual rokok batang berdekatan rumah mereka di Jawa Tengah.

Tempo juga melaporkan bapanya  hanya menuruti kehendak anaknya kerana tidak tahan dengan tingkah laku anaknya itu ketika gian.

Di Indonesia, rata-rata penguatkuasaan undang-undang berkaitan rokok lebih longgar berbanding Malaysia sehingga mewujudkan gejala perokok kanak-kanak.

Ini diburukkan lagi dengan pendekatan agresif syarikat rokok melalui pelbagai iklan di jalanan yang tidak dikawal.

Lihat Komen
ADS