Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Dengan tidak menyiarkan kenyataan oleh empat adik beradik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, maka media arus perdana telah melanggar peraturan asas kewartawanan, iaitu hak untuk menjawab.

 

Mantan ketua pengarang kumpulan New Straits Times , Datuk A Kadir Jasin (kanan, bawah) berkata empat adik beradik Najib itu hanya menjawab apa yang telah diterbitkan mengenai bapa mereka di akhbar-akhbar berkenaan dan di tempat lain.

 

"Adalah jelas bahawa media arus perdana telah tidak mengamalkan hak untuk menjawab," katanya kepada Malaysiakini berhubung sekatan media terhadap kenyataan adik beradik Najib itu.

 

Dalam kenyataan itu, Nazir, Johari, Nizam, dan Nazim Razak menyuarakan keprihatinan mereka terhadap penjelasan Pejabat Perdana Menteri kepada New York Times (NYT) bahawa kekayaan Najib datangnya daripada peninggalan arwah bapa mereka, Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Hussein.

 

Kadir berkata sekiranya akhbar-akhbar berkenaan tidak menyiarkan kenyataan PMO, maka mereka tidak ada obligasi untuk menyiarkan jawapan adik beradik Najib itu. Bagaimanapun, jika sebaliknya, maka mereka harus berbuat demikian.

"Apa yang penting untuk diberi perhatian di sini ialah mesti ada sesuatu yang sangat tidak kena dengan kenyataan PMO itu untuk mendorong mereka, bukan setakat menjauhkan diri dari isi kandungan kenyataan itu, tetapi juga untuk menuduh ianya telah mencemarkan imej arwah bapa mereka," katanya. 

 

Kadir, bagaimanapun, tidak mahu membuat spekulasi sama ada akhbar-akhbar berkenaan menerima tekanan untuk tidak menyiarkan jawapan dari adik beradik Najib itu.

Sementara itu, ketika dihubungi, Nazir (kiri) enggan mengulas mengenai isu sekatan media itu.

Dalam emelnya kepada Malaysiakini , Nazir berkata beliau tidak ada komen tambahan mengenai perkara itu.

 

[Baca berita penuh/asal]

 

Lihat Komen
ADS