Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PetroSaudi International telah menjelaskan yang semua dana daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pergi kepada entiti milik Petrosaudi dan sebarang andaian lain adalah palsu.

Syarikat itu berkata demikian sebagai respon kepada laporan media tertentu yang didakwanya membuat tuduhan berniat jahat dan berbahaya, berhubung perkongsiannya dengan 1MDB.

"Selepas 1MDB keluar, PetroSaudi telah membayar 1MDB dengan penuh dan kedua-dua pihak tidak lagi mempunyai sebarang hubungan kewangan atau perundangan," kata syarikat penerokaan dan pengeluaran minyak milik persendirian itu dalam satu kenyataan semalam.

PetroSaudi juga berkata, ia sedang mendapatkan nasihat guaman untuk tindakan sewajarnya bagi menangani tuduhan berniat jahat dan fitnah terbabit, tetapi ia tidak menjelaskan laporan media manakah yang dirujukkannya itu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS