Puteri Umno kompromi atas cadangan Pak Lah
Kompromi untuk mengelak berlaku pertandingan dua jawatan tertinggi Puteri Umno dicapai bukan atas paksaan mana-mana pihak tetapi atas cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Kompromi untuk mengelak berlaku pertandingan dua jawatan tertinggi Puteri Umno dicapai bukan atas paksaan mana-mana pihak tetapi atas cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"Mereka jumpa saya dan saya beri cadangan. Lepas itu mereka balik, berbincang dan buat keputusan sendiri," kata beliau yang mengambil alih jawatan PresidenUmno di Perhimpunan Agung Umno bulan depan.
Bercakap kepada media di Kuala Lumpur hari ini, Abdullah melahirkan rasa syukur dan menyifatkannya sebagai bagus tindakan Puteri Umno mencapai kompromi dalam memilih pucuk pimpinannya.
Sebelum ini, beliau merasmikan Persidangan Halatuju Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Seri Kembangan.
"Bagus dan Alhamdulillah. Mereka masih boleh berunding dan mencapai kompromi untuk kebaikan," kata Perdana Menteri ketika diminta mengulas keputusan mesyuarat khas Puteri Umno malam tadi yang berkompromi berhubung jawatan ketua dan naib ketua.
Berdasarkan kompromi itu, naib ketua Noraini Ahmad (
gambar
) dipilih sebagai ketua manakala Ketua Puteri Umno Sabah Rosnah Abdul Rashid Shirlin dipilih sebagai naib ketua yang baru.
Noraini menggantikan Menteri Belia dan Sukan Datuk Azalina Othman Said yang melepaskan jawatan itu kerana melebihi usia.
Kecewa
Ditanya kemungkinan terdapat bahagian-bahagian Puteri yang kecewa kerana calon mereka tidak dipilih, Abdullah berkata mungkin ada yang kecewa tetapi kompromi itu secara keseluruhannya membawa lebih banyak kebaikan kepada Puteri Umno.
"Kekecewaan tetap akan berlaku sekiranya ada pertandingan, dengan yang kalah pasti kecewa," katanya.
Perdana Menteri berkata tindakan kompromi itu menunjukkan kekuatan dan kerjasama yang kukuh di kalangan Puteri Umno.
Sementara itu di Kota Kinabalu, Ketua Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata kompromi yang dicapai oleh Puteri bagi dua jawatan tertinggi itu adalah baik bagi pergerakan itu.
"Saya mengucapkan tahniah kepada kedua-dua mereka...ini satu gandingan yang baik. Kejayaan mereka mencapai kompromi menunjukkan kematangan dan perpaduan Puteri," katanya kepada pemberita selepas melawat Kementerian Pembangunan Luar Bandar di sini hari ini.
Mengenai kemenangan Rosnah bagi jawatan naib ketua Puteri, Musa yang juga Ketua Menteri berkata ia merupakan satu pengiktirafan kepada Puteri Umno di Sabah.
Report this comment


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.