Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nahas: Juruterbang gagal masuk kokpit
Diterbitkan:  Mar 26, 2015 11:18 AM
Dikemaskini: 5:25 AM

Rakaman suara dari kotak hitam yang diperolehi daripada bangkai pesawat malang Germanwings penerbangan 4U9525 menunjukkan salah seorang daripada juruterbang itu tidak dapat masuk ke kokpit.

Laporan The New York Times melaporkan demikian memetik sumber penyiasat kes nahas di pergunungan Alps itu.

Menurut laporan itu, seorang penyiasat kanan tentera yang terlibat dalam siasatan itu menyebut, kedua-dua juruterbang pada awalnya hanya mengadakan perbualan rutin.

Namun, selepas itu, salah seorang daripadanya gagal kembali ke kokpit.

“Juruterbang di luar mengetuk pintu tetapi tiada jawapan. Kemudian beluau mengetuk dengan lebih kuat tetapi tiada jawapan. Memang tiada jawapan,” katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Penyiasat itu berkata, bunyi yang dirakam itu menunjukkan juruterbang di luar kokpit “cuba memecahkan pintu”.

- dpa

Lihat Komen
ADS